Make your own free website on Tripod.com

                                                                                                      Tarikh : Mengenali Pemproses dan Ingatan Pada Komputer Anda 

 

                                                                                                                                                 

 

 

 

Pengenalan 

 

Pemproses(CPU)

            Apabila kita berkunjung ke pesta jualan PC atau kedai PC di seluruh negara, pasti kita akan bertemu wakil-wakil penjualnya yang tidak keberatan menghulurkan brosur.  Di atas brosur itu selalunya tertulis maklumat spesifikasi model-model PC yang dijual selain harga yang ditawarkan.  Spesifikasi itu memberitahu peranti dalaman yang digunakan seperti pemproses, papan induk, cipset, pemacu keras, kad grafik dan sebagainya.  Biasalah, harga tawaran dan peranti tertentu sering ditonjolkan dengan cetakan lebih tebal atau lebih besar.

             Malangnya tidak semua penjual PC memberikan  maklumat lengkap melalui brosur yang diedarkan kepada mereka.  Maknanya anda perlulah bertanya untuk mengetahui lebih lanjut mengenai peranti-peranti yang digunakan. 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

               Contohnya fakta yang diberikan mengenai CPU mungkin nama dan kelajuannya sahaja.  Sedangkan anda wajar mengetahui fakta lain seperti saiz cache, kelajuan FSB dan teknologi yang menyokongnya.  Fakta ini barangkali tidak penting kepada sesetengah pengguna, meskipun ia mempengaruhi prestasi sesebuah PC. Untuk maklumat lebih lanjut klik pada butang pemproses.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Ingatan (memori)

               Ingatan (memory) adalah antara komponen utama yang penting dalam sesebuah komputer. Ingatan merupakan tempat di mana komponen menyimpan maklumat kerja-kerja (task) yang perlu dilakukan oleh komputer. Tetapi ingatan tidak menyimpan secara kekal maklumat-maklumat tadi kerana segala penyimpanan maklumat akan dilakukan oleh storan seperti cakera keras (hard disk), disket, CD dan sebagainya.  

             Ingatan terdiri daripada beberapa jenis, jenama dan kelajuan. Antara jenis-jenis RAM (ingatan) ialah EDO-RAM, SD-RAM, DDR-RAM, RD-RAM. Jenis-jenis ini melambangkan kelajuan dan teknologi yang semakin canggih. EDO-RAM terdapat hanya pada komputer-komputer lama dan DDR-RAM dan DDR-RAM pula terdapat pada komputer-komputer baru. Selain itu, jenama juga memainkan peranan pada kualiti dan kestabilan sesebuah RAM. Antara jenama yang baik ialah Kingston dan Apacer. Manakala kelajuan memberikan perbezaan pada satu jenis RAM. Untuk maklumat lebih lanjut klik pada butang ingatan.

 

Hakcipta Terpelihara 2005 Shaharin Ali

Laman web ini dibangunkan oleh Shaharin Ali

Hubungi Webmaster di : fshah05@yahoo.com