Make your own free website on Tripod.com

 

 

 

Pengenalan

 

           

 

Pengenalan

 

    Unit Pemprosesan Utama atau lebih dikenali sebagai cpu adalah otak kepada sebuah komputer (brain

      of computer).

 

    Sebenarnya CPU  hanyalah sebuah cip yang   terletak    pada   papan induk (motherboard). CPU    atau

      Central Processing Unit, dalam Bahasa Malaysia disebut Unit Pemprosesan Pusat dan ia adalah pusat

      segala kawalan dan kegiatan komputer.

 

    Pada mulanya CPU yang  dihasilkan  ialah 8088 dan 8086 iaitu  komputer  yang menggunakan cip Intel  

       8088 dan Intel 8086.

 

    Keupayaan pemprosesan yang dihasilkan ialah 8 bit dan keupayaan ingatan yang tertinggi ialah 4 MB 

       RAM.

 

    Cip Intel 8088 dan Intel 8086 berfungsi pada kelajuan 8MHz dan 16MHz.

 

 

 

    CPU yang digunakan juga bergantung kepada kegunaan dan kehendak pengguna.

 

    CPU yang berada di pasaran hanyalah komputer biasa yang berasaskan mikropemproses Intel, AMD, Cyrix, Xeon, Celeron atau NexGen (tetapi     

       majoritinya Intel).

 

    Komputer yang berkuasa tinggi tidak menggunakan Intel atau seumpamanya tetapi menggunakan cip RISC, contohnya komputer Silicon Graphics (digunakan untuk

       Jurassic Park), IBM AS/400, Digital Alpha, Sun Sparcstation digunakan sebagai komputer stesyen kerja (workstation) yang mampu menghasilkan pemprosesan yang

       tinggi dan pengendalian beban kerja yang berat.

 

   Fungsi

 

    Semasa melakukan pemprosesan, data dipindahkan daripada cakera keras ke dalam RAM dan cip ingatan akan memegang data tersebut.

 

    Contohnya semasa anda menaip sepucuk surat dalam Microsoft Word, isi fail itu akan disalin dan dipindahkan ke dalam cip ingatan.

 

    Semasa anda menjalankan sesebuah perisian contohnya Word, fail yang dijalankan ialah Winword.exe di mana fail ini akan dimasukkan ke dalam cip ingatan dan

       dicapai oleh unit kawalan untuk menjalankannya.

 

    Setiap komponen Word akan dipegang oleh cip ingatan dan semasa anda ingin menggunakan satu-satu fungsi itu ia akan dicapai oleh unit kawalan. Jika anda mahu

       mencetak sesuatu fail itu, pertama ia akan dimasukkan ke dalam cip ingatan dan unit kawalan akan berkomunikasi dengan pencetak untuk mencetak keluar fail

       tersebut.

 

    CPU akan membahagikan dan mengagihkan segala kegiatan yang terjadi dalam komputer.

 

    Bayangkan anda menaip pada papan kekunci dan setiap huruf akan dipaparkan pada skrin hanya dengan sekelip mata.

 

    Ini bermakna CPU melakukan proses seperti di atas dengan kelajuan kurang daripada 1 saat. Pada masa yang sama ia boleh mengendalikan tetikus dan melakukan

       penyimpanan fail ke dalam cakera keras.

 

    Ini menunjukkan lebih baik rekabentuk CPU atau mikropemproses lebih laju dan cepat pemprosesan serta pengendalian data dilakukan.

 

    Setiap kegiatan akan dialamatkan dan dicapai dengan menggunakan alamat tersebut seperti bank berurusan dengan pelanggan dengan

       menggunakan nombor.

 

   Jenis-jenis pemproses (CPU)

 

    Dua pembuat utama pemproses (CPU) AMD dan Intel terus bersaing menguasai pasaran dan menambat hati pengguna.  Walaupun hanya tinggal dua jenama,

       namun kepelbagaian versinya masih boleh memeningkan pengguna. 

 

    Setiap pembuat mengetengahkan  beberapa model CPU untuk dipilih, dan kebanyakan model ini boleh ditemui dalam beberapa reka bentuk  berbeza yang

      menyebabkannya tidak boleh saling ditukar.  Reka bentuk ini sering dikaitkan dengan soket (socket) yang fungsinya menghubungkan CPU pada papan induk.

 

    Ia meliputi soket papan  induk yang menyokong variasi CPU Intel dan AMD.

 

    Socket 478

 

  Sebenarnya cara Socket T (LGA 775) dihubungkan pada soketnya tidak seperti pemproses yang lain dalam senarai ini. 

      Pada pemproses ini, pin yang selalunya ditemui pada pemproses lain telah dipindahkan kepada soketnya di papan

      induk dan ia menerima pin berjumlah 775 di bawahnya.  Pada asasnya pemproses Socket T ini adalah generasi

      seterusnya  bagi pemproses Celeron dan Pentium 4.  Meskipun formatnya berbeza dengan Socket 478, namun ia

      meneruskan banyak sifat sama seperti Hyper-Threading pada siri Pentium 4.

 

   Pemproses Celeron menggunakan Socket T hanya menyokong FSB kelajuan 533 MHz (celeron D) dan Pentium 4 pula

      menyokong kedua-duanya FSB berkelajuan 800 MHz dan FSB terbaru berkelajuan 1066 MHz (266 MHz x 4). 

      Kelajuan pemprosesnya bermula boleh bermula dari serendah 3 GHz manakala tahap kelajuan yang paling tinggi

      belum lagi dicapai.  Pemproses ini yang mampu mencecah kelajuan 4 GHz yang bakal muncul tidak lama lagi.  Ramai

      yang ingin mengetahui setakat mana kelajuan yang boleh dicapai melalui format ini. 

 

   Biasanya perubahan senibina pemproses akan menawarkan kecekapan yang lebih besar dan format CPU ini adalah

      yang pertama dapat memanfaatkan kelebihan format memori DDR2 yang terkini.  Kelajuan memori DDR2 boleh

      dikatakan belum setanding untuk menyaingi kelajuan yang ditawarkan oleh CPU ini.  Namun apabila pembuat

      menambah baik pretasi DDR2 dari masa ke semasa, dijangka manfaat lebih memuaskan bakal diraih.  Pastinya

      pengguna mengharapkan prestasi terbaik menerusi kombinasi Socket T dan DDR2.

   Bagi semua reka bentuk ini, nombor yang menyusuli nama soket seperti dinyatakan di atas merujuk kepada bilangan

      pin CPU atau penghubung.  Socket 478  adalah format yang direka khas untuk pemproses Celeron, Pentium 4 dan

      pemproses Celeron / Pentium mudah alih keluaran Intel.  Soket ini menyokong pemproses dengan bas sebelah

      hadapan  (FSB) 400 MHz (100 MHz x 4), 533 MHz (133 MHz x 4) dan 800 MHz (200 MHz x 4) dan menawarkan

      kepantasan tertinggi dari serendah 1 GHz hingga lebih tinggi daripada 3 GHz.

 

   Sistem penamaan Intel yang digunakan untuk pemproses Pentium 4 dalam kelas ini menggunakan huruf untuk 

      mewakili tahap kelajuan FSB.  Huruf A bermaksud 400 MHz, manakala B bermaksud 533 MHz dan C pula bermaksud

      800 MHz.  Ini bermakna, Pentium 4 2.4C akan menawarkan prestasi lebih tinggi daripada 2.4B atau 2.4A, meskipun

      semuanya memiliki kelajuan jam sama, 2.4 GHz.  Perlu juga diingat, sesetengah  penjual PC di pasaran,

      mungkin tidak menyatakan huruf tersebut dalam spesifikasi PC mereka.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

   Pemproses kelas Pentium , seperti pemproses lain dari AMD dan Intel , turut menggunakan nama mengikut teras (core) yang terdapat atau digunakan pada

      pemproses tersebut.   Teras merupakan bahagian utama yang terdapat pada senibina sesebuah pemproses.  Secara umumnya, ia merupakan wafer silikon yang

      terdapat di bahagian tengah CPU.  Apabila senibina teras untuk pemproses dari jenis yang sama berubah, maka nama baru akan diberikan bagi mengambarkan tahap

      perbezaan prestasi yang boleh dinikmati oleh pengguna. 

 

   Contohnya, tiga teras yang masing-masing digelar Northwood, Gallatin dan Prescott boleh ditemui pada CPU Pentium 4 yang sama kelajuannya. Teknologi

      penghasilan adalah perbezaan utama yang membezakan  ketiga-tiga teras ini.  Dua teras pertama (Northwood dan Gallatin) dihasilkan menerusi proses 0.13 mikron 

      manakala Prescott dihasilkan menerusi proses 0.09 mikron.  Nombor yang lebih kecil menggambarkan teras yang lebih padat dan secara amnya memerlukan kuasa

      yang kurang bagi melaksanakan operasi yang sama.

 

   Generasi  baru pemproses Socket 478 Pentium 4 merupakan yang pertama melaksanakan teknologi Hyper Threading  daripada Intel,  yang membolehkan aplikasi

      dijalankan secara selari, sekali gus menambah baik prestasi sistem.  Meskipun ia belum setanding, konsep ini sama seperti memiliki sistem dwi pemproses atau

      pemproses dwi-teras, kerana sistem dengan pemproses berkeupayaan Hyper-Threading dikatakan mampu menangani aplikasi intensif lebih mudah daripada sistem

      sama yang tidak menggunakan Hyper-Threading.

 

   Socket 478 merupakan format utama Intel untuk beberapa tahun yang lalu dan terus menjadi pilihan yang popular dikalangan papan induk Pentium 4 sehingga hari

      ini. Papan induk Socket 478 adalah yang pertama serasi dengan SDRAM, kemudian memori RAMBUS, dan apabila soket menjadi semakin popular memori DDR pula

      menjadi format pilihan.  Namun, keputusan Intel untuk mengetengahkan DDR2 telah menghasilkan soket CPU yang benar-benar baru untuk pemproses Pentium 4.  Ia 

      dikenali sebagai Socket T.

      Socket T (LGA 775)

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

   Apabila Intel beralih kepada format LGA (Land Grid Array) 775, mereka juga beralih kepada konvensyen penamaan tiga digit.  Konsep penamaan ini mirip konsep gred

      PR (Performance Rating) yang digunakan AMD selama beberapa tahun kebelakangan ini.  Sehubungan itu, dari segi  pemasaran, pemproses Pentium 4 3.0 GHz yang

      menggunakan teras Prescott, kini dirujuk sebagai Pentium 4 530.  Sementara itu pemproses yang berteraskan  Prescott 2.8 GHz kini  dipanggil 520, manakala teras

      Prescott 2.8 GHz kini  dipanggil 520, manakala teras Prescott 3.8 GHz pula dipanggil 570.

      Socket A

   Socket A merupakan format utama dalam barisan pemproses AMD untuk beberapa tahun.  Ia menampilkan Socket A menerusi pemproses kelas Athlon, Thunderbird,

       Duron, Athlon XP, Athlon MP dan Sempron.  Jumlah pin yang ditemui di sebelah bawah pemproses Socket A berjumlah 462 dan ia juga merupakan satu daripada

       beberapa format yang namanya tidak merujuk kepada bilangan pin yang ditemui pada pemproses itu.  CPU soket ini menawarkan kelajuan FSB dari 200 MHz (100

       MHz x 2) hingga 400 MHz (200 MHz x 2).

 

    CPU soket ini menawarkan kelajuan dari serendah 1 GHz hingga melebihi 2 GHz.  Namun cara pengenalan kelajuan sebenar CPU Socket A ini agak sukar kerana AMD

       menggunakan gred PR (Performance Rating) untuk memasarkannya dan bukan kelajuan sebenar pemproses.  Contohnya, AMD Athlon XP 3000+ bukan kelajuan 3.0

       GHz tetapi berkelajuan 2.167 GHz.  Ini bermakna senibina CPU AMD mampu menawarkan prestasi yang bersamaan dengan gred PR ditetapkan, biarpun tahap

       kelajuan jam sebenarnya lebih rendah.

 

   Teras AMD dalam siri ini turut menggunakan nama yang membezakan tahap perbezaan prestasi pemproses dalam kelas yang sama.  Contohnya, teras Duron

       memiliki nama seperti Morgan dan Applebred, sementara teras Athlon XP memiliki nama seperti Palomino, Thorougbred dan Barton (disusun dari terlemah hingga

       terkuat). Akhirnya Socket A tidak diteruskan.  Semenjak itu  AMD berhasrat memberikan tumpuan kepada CPU seumpamanya menggunakan Socket 754 , selain

       format Socket 939/940 untuk peringkat lebih tinggi.

 

      Socket 754

 

   Pengganti Socket A ini pula menyokong pemproses Sempron dan Athlon.  Pemproses ini dilengkapi dengan 754 pin kecil yang dihubungkan pada soketnya.  CPU kelas

      Sempron sesuai untuk pengguna yang mengutamakan bajet, dengan gred PR semasa dari 2600+ hingga 3300+. Athlon 64 pula merupakan pemproses 64-bit lebih

      berkuasa dengan gred PR dari 2800+ hingga 3700+.  Semua pemproses Socket 754 menyokong FSB yang berkelajuan 400 MHz (200 MHz x 2).  Ketika ini semua

      sistem dengan CPU ini menyokong memori DDR.

 

 

 

Pengenalan   Fungsi   Jenis-jenis pemproses (CPU)   Socket 478    Socket T (LGA 775)  Socket A   Socket 754

 

Hakcipta Terpelihara 2005 Shaharin Ali

Laman web ini dibangunkan oleh Shaharin Ali

Hubungi Webmaster di : fshah05@yahoo.com

 

 

Kembali ke Atas