◊ CPU yang digunakan juga bergantung kepada kegunaan dan kehendak pengguna.
◊ CPU yang berada di pasaran hanyalah komputer biasa yang berasaskan mikropemproses Intel, AMD, Cyrix, Xeon, Celeron atau NexGen (tetapi majoritinya Intel).
◊ Komputer yang berkuasa tinggi tidak menggunakan Intel atau seumpamanya tetapi menggunakan cip RISC, contohnya komputer Silicon Graphics (digunakan untuk Jurassic Park), IBM AS/400, Digital Alpha, Sun Sparcstation digunakan sebagai komputer stesyen kerja (workstation) yang mampu menghasilkan pemprosesan yang tinggi dan pengendalian beban kerja yang berat.
◊ Semasa melakukan pemprosesan, data dipindahkan daripada cakera keras ke dalam RAM dan cip ingatan akan memegang data tersebut.
◊ Contohnya semasa anda menaip sepucuk surat dalam Microsoft Word, isi fail itu akan disalin dan dipindahkan ke dalam cip ingatan.
◊ Semasa anda menjalankan sesebuah perisian contohnya Word, fail yang dijalankan ialah Winword.exe di mana fail ini akan dimasukkan ke dalam cip ingatan dan dicapai oleh unit kawalan untuk menjalankannya.
◊ Setiap komponen Word akan dipegang oleh cip ingatan dan semasa anda ingin menggunakan satu-satu fungsi itu ia akan dicapai oleh unit kawalan. Jika anda mahu mencetak sesuatu fail itu, pertama ia akan dimasukkan ke dalam cip ingatan dan unit kawalan akan berkomunikasi dengan pencetak untuk mencetak keluar fail tersebut.
◊ CPU akan membahagikan dan mengagihkan segala kegiatan yang terjadi dalam komputer.
◊ Bayangkan anda menaip pada papan kekunci dan setiap huruf akan dipaparkan pada skrin hanya dengan sekelip mata.
◊ Ini bermakna CPU melakukan proses seperti di atas dengan kelajuan kurang daripada 1 saat. Pada masa yang sama ia boleh mengendalikan tetikus dan melakukan penyimpanan fail ke dalam cakera keras.
◊ Ini menunjukkan lebih baik rekabentuk CPU atau mikropemproses lebih laju dan cepat pemprosesan serta pengendalian data dilakukan.
◊ Setiap kegiatan akan dialamatkan dan dicapai dengan menggunakan alamat tersebut seperti bank berurusan dengan pelanggan dengan menggunakan nombor.
◊ Dua pembuat utama pemproses (CPU) – AMD dan Intel – terus bersaing menguasai pasaran dan menambat hati pengguna. Walaupun hanya tinggal dua jenama, namun kepelbagaian versinya masih boleh memeningkan pengguna.
◊ Setiap pembuat mengetengahkan beberapa model CPU untuk dipilih, dan kebanyakan model ini boleh ditemui dalam beberapa reka bentuk berbeza yang menyebabkannya tidak boleh saling ditukar. Reka bentuk ini sering dikaitkan dengan soket (socket) yang fungsinya menghubungkan CPU pada papan induk.
◊ Ia meliputi soket papan induk yang menyokong variasi CPU Intel dan AMD.
◊ Pemproses kelas Pentium , seperti pemproses lain dari AMD dan Intel , turut menggunakan nama mengikut teras (core) yang terdapat atau digunakan pada pemproses tersebut. Teras merupakan bahagian utama yang terdapat pada senibina sesebuah pemproses. Secara umumnya, ia merupakan wafer silikon yang terdapat di bahagian tengah CPU. Apabila senibina teras untuk pemproses dari jenis yang sama berubah, maka nama baru akan diberikan bagi mengambarkan tahap perbezaan prestasi yang boleh dinikmati oleh pengguna.
◊ Contohnya, tiga teras yang masing-masing digelar Northwood, Gallatin dan Prescott boleh ditemui pada CPU Pentium 4 yang sama kelajuannya. Teknologi penghasilan adalah perbezaan utama yang membezakan ketiga-tiga teras ini. Dua teras pertama (Northwood dan Gallatin) dihasilkan menerusi proses 0.13 mikron manakala Prescott dihasilkan menerusi proses 0.09 mikron. Nombor yang lebih kecil menggambarkan teras yang lebih padat dan secara amnya memerlukan kuasa yang kurang bagi melaksanakan operasi yang sama.
◊ Generasi baru pemproses Socket 478 Pentium 4 merupakan yang pertama melaksanakan teknologi Hyper – Threading daripada Intel, yang membolehkan aplikasi dijalankan secara selari, sekali gus menambah baik prestasi sistem. Meskipun ia belum setanding, konsep ini sama seperti memiliki sistem dwi pemproses atau pemproses dwi-teras, kerana sistem dengan pemproses berkeupayaan Hyper-Threading dikatakan mampu menangani aplikasi intensif lebih mudah daripada sistem sama yang tidak menggunakan Hyper-Threading.
◊ Socket 478 merupakan format utama Intel untuk beberapa tahun yang lalu dan terus menjadi pilihan yang popular dikalangan papan induk Pentium 4 sehingga hari ini. Papan induk Socket 478 adalah yang pertama serasi dengan SDRAM, kemudian memori RAMBUS, dan apabila soket menjadi semakin popular memori DDR pula menjadi format pilihan. Namun, keputusan Intel untuk mengetengahkan DDR2 telah menghasilkan soket CPU yang benar-benar baru untuk pemproses Pentium 4. Ia dikenali sebagai Socket T.
◊ Apabila Intel beralih kepada format LGA (Land Grid Array) 775, mereka juga beralih kepada konvensyen penamaan tiga digit. Konsep penamaan ini mirip konsep gred PR (Performance Rating) yang digunakan AMD selama beberapa tahun kebelakangan ini. Sehubungan itu, dari segi pemasaran, pemproses Pentium 4 3.0 GHz yang menggunakan teras Prescott, kini dirujuk sebagai Pentium 4 530. Sementara itu pemproses yang berteraskan Prescott 2.8 GHz kini dipanggil 520, manakala teras Prescott 2.8 GHz kini dipanggil 520, manakala teras Prescott 3.8 GHz pula dipanggil 570. ◊ Socket A merupakan format utama dalam barisan pemproses AMD untuk beberapa tahun. Ia menampilkan Socket A menerusi pemproses kelas Athlon, Thunderbird, Duron, Athlon XP, Athlon MP dan Sempron. Jumlah pin yang ditemui di sebelah bawah pemproses Socket A berjumlah 462 dan ia juga merupakan satu daripada beberapa format yang namanya tidak merujuk kepada bilangan pin yang ditemui pada pemproses itu. CPU soket ini menawarkan kelajuan FSB dari 200 MHz (100 MHz x 2) hingga 400 MHz (200 MHz x 2).
◊ CPU soket ini menawarkan kelajuan dari serendah 1 GHz hingga melebihi 2 GHz. Namun cara pengenalan kelajuan sebenar CPU Socket A ini agak sukar kerana AMD menggunakan gred PR (Performance Rating) untuk memasarkannya dan bukan kelajuan sebenar pemproses. Contohnya, AMD Athlon XP 3000+ bukan kelajuan 3.0 GHz tetapi berkelajuan 2.167 GHz. Ini bermakna senibina CPU AMD mampu menawarkan prestasi yang bersamaan dengan gred PR ditetapkan, biarpun tahap kelajuan jam sebenarnya lebih rendah.
◊ Teras AMD dalam siri ini turut menggunakan nama yang membezakan tahap perbezaan prestasi pemproses dalam kelas yang sama. Contohnya, teras Duron memiliki nama seperti Morgan dan Applebred, sementara teras Athlon XP memiliki nama seperti Palomino, Thorougbred dan Barton (disusun dari terlemah hingga terkuat). Akhirnya Socket A tidak diteruskan. Semenjak itu AMD berhasrat memberikan tumpuan kepada CPU seumpamanya menggunakan Socket 754 , selain format Socket 939/940 untuk peringkat lebih tinggi.
Socket 754
◊ Pengganti Socket A ini pula menyokong pemproses Sempron dan Athlon. Pemproses ini dilengkapi dengan 754 pin kecil yang dihubungkan pada soketnya. CPU kelas Sempron sesuai untuk pengguna yang mengutamakan bajet, dengan gred PR semasa dari 2600+ hingga 3300+. Athlon 64 pula merupakan pemproses 64-bit lebih berkuasa dengan gred PR dari 2800+ hingga 3700+. Semua pemproses Socket 754 menyokong FSB yang berkelajuan 400 MHz (200 MHz x 2). Ketika ini semua sistem dengan CPU ini menyokong memori DDR.
Pengenalan Fungsi Jenis-jenis pemproses (CPU) Socket 478 Socket T (LGA 775) Socket A Socket 754
© Hakcipta Terpelihara 2005 Shaharin Ali Laman web ini dibangunkan oleh Shaharin Ali Hubungi Webmaster di : fshah05@yahoo.com
|