INGATAN (FUNGSI DAN JENIS-JENISNYA)

Pengenalan   Rekabentuk    SIMM  DIMM   RIMM dan SO-RIMM   Teknologi   Fast Page Mode (FPM)   Extended Data Out (EDO)   Synchronous DRAM (SDRAM)   DDR SDRAM   Direct Rambus   CD-ROM   PEN DRIVE

 

 

Pengenalan

SIMM

   Istilah SIMM adalah singkatan untuk Single In-Line Memory Module.  Bagi SIMM, cip memorinya dipateri pada papan     

      litar bercetak (PCB) modular, yang disisipkan pada soket pada papan induk sistem.  SIMM pertama memindahkan 8 bits

      data pada satu masa.  Kemudian CPU mula membaca data dalam pakej 32- bits.  SIMM lebih lebar terus dimajukan 

      dan boleh membekalkan 32 bits data pada satu masa.

 

   Dua jenis SIMM boleh dibezakan berdasarkan kepada jumlah pin atau penghubungnya.  Modul terawal memiliki  30-pin

      dan modul terkemudian memiliki 72- pin.  Tidak hairanlah  jika ia biasa dirujuk sebagai SIMM 30- pin dan SIMM 72 –

      pin.  Satu perbezaaan di antara kedua-duanya ialah: SIMM 72-pin lebih panjang kira-kira 1.9 sm daripada SIMM 30-pin

      dan ada lekuk di tengah iaitu di bawah papan litarnya.

Pengenalan

    Sesetengah orang berminat mengenali fungsi komponen dalam komputer peribadi (PC) yang dimiliki atau dibeli.  Ini turut melibatkan komponen memori yang sering

       diberi perhatian apabila sistem mereka bermasalah, perlahan atau perlu dinaik taraf.  Selain itu, mereka juga mungkin berminat mengetahui serba sedikit maklumat

       berkaitan jenis memori dan teknologinya seperti yang dijelaskan di bawah ini.

 

 

Rekabentuk

    Cara termudah untuk mengenali memori ialah berdasarkan kepada rekabentuknya.  Rekabentuk modul memori pula boleh dijelaskan melalui saiznya dan konfigurasi

       pin.  Kebanyakan sistem memiliki soket memori yang boleh menerima hanya satu rekabentuk.  Namun, sesetengah sistem direka supaya dapat menerima lebih dari

       satu jenis soket, sekaligus boleh menerima lebih daripada satu rekabentuk memori.

 

 

 

 

      

 

 

  

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

DIMM

 

   Dual In Memory Modules (DIMM) mirip SIMM.  Kebanyakan DIMM dipasang secara menegak seperti SIMM ke dalam

      soketnya.  Berikut, perbezaan asas antara kedua-duanya: bagi SIMM, pin di kiri dan kanan papan litarnya ‘ dihubungkan

      satu sama lain’ untuk membentuk satu sentuhan elektrik .  Bagi DIMM , pin di kedua-dua belah diasingkan secara

      elektrik bagi membentuk dua sentuhan berasingan.

      

   DIMM 168-pin memindahkan 64 bits data pada  satu masa dan biasanya digunakan dalam sistem  yang menyokong

      bas memori 64-bit atau lebih lebar.  Fizikal DIMM 168-pin dan SIMM 72-pin berbeza dari segi panjang modul, bilangan

      lekuk pada modul dan cara modul dipasang pada soketnya.  Kebanyakan SIMM 72-pin dipasang condong sedikit,  

      manakala DIMM 168-pin  dipasang secara tegak pada soket.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

RIMM dan SO-RIMM

 

    Sebenarnya , RIMM merupakan nama dan “tanda niaga” untuk modul  memori Direct Rambus. RIMM kelihatan

       menyerupai DIMM, namun memiliki bilangan pin berbeza.  RIMM memindahkan data dalam pakej 16-bit.  Aksesnya

       lebih pantas dan kelajuan pemindahan menghasilkan lebih banyak haba.  Sarung aluminium – dipanggil “penyerap

       haba” – meliputi modul untuk melindungi cip daripada lebih panas.

 

 

 

Teknologi

    Kebanyakan rekabentuk modul boleh menyokong pelbagai teknologi memori . Contohnya, DIMM 168-pin boleh digunakan untuk EDO, Synchronous DRAM, atau

       beberapa jenis memori lain.  Satu-satunya cara untuk mengenali dengan tepat jenis  kandungan modul memori, ialah mentafsirkan tanda pada cip.  Setiap pembuat 

       cip DRAM ada tanda berbeza dan angka komponen untuk mengenali teknologi cipnya.

 

Fast Page Mode (FPM)

    Pada satu masa, Fast Page Mode atau ringkasnya FPM merupakan bentuk DRAM yang paling kerap digunakan pada sistem.  Bahkan ramai orang memanggilnya

       sebagai ‘DRAM’, sahaja dan bukannya ‘FPM’.  Difahamkan, FPM mempunyai kelebihan tersendiri berbanding teknologi memori sebelumnya kerana ia membolehkan

       akses yang lebih pantas terhadap data yang terletak dalam barisan yang sama.

 

Extended Data Out (EDO)

  Tahun 1995, EDO menjadi inovasi memori seterusnya.  Selain mirip FPM, ia diubahsuai sedikit untuk membolehkan akses memori berturutan berlaku dengan lebih

      pantas.  Ini bermakna “pengawal” memori boleh menjimatkan masa dengan mengurangkan beberapa langkah dalam proses pengalamatan.  EDO juga membolehkan

      CPU mengakses memori 10 hingga 15 % lebih pantas berbanding dengan FPM.

 

Synchronous DRAM (SDRAM)

    Lewat 1996, SDRAM pula yang muncul.  SDRAM berlainan dengan teknologi sebelumnya dan direka untuk menyeraras masanya dengan pemasaan CPU.  Ini

      membolehkan “pengawal” memori mengetahui kitaran tepat jam apabila data yang diminta disediakan, jadi CPU tidak perlu menunggu di antara akses memori. 

 

   Fungsi-fungsi tambahan cip SDRAM juga menjadikan perolehan semula memori lebih pantas.  Modul SDRAM menawarkan beberapa kelajuan berbeza, sekaligus

      untuk diselaraskan dengan kelajuan jam sistem yang digunakan.  Contohnya: PC66 SDRAM dijalankan pada kepantasan 100MHz, PC100 SDRAM dijalankan

      pada kepantasan 133MHz dan seterusnya .  Kelajuan SDRAM lebih pantas seperti 200MHz dan 266MHz kini sedang dimajukan.

 

DDR SDRAM

   Double Data Synchronous SDRAM atau singkatannya DDR SDRAM pula merupakan teknologi SDRAM untuk generasi yang seterusnya.  Ia membolehkan cip-cip memori

      melaksanakan transaksi pada ketika kenaikan dan penurunan kitaran jam.  Contohnya, dengan menggunakan DDR SDRAM, kitaran bas memori 100MHz atau 133MHz

      menghasilkan kadar data berkesan 200MHz atau 266MHz. 

Direct Rambus

   Direct Rambus merupakan senibina DRAM dan standard antara muka yang mencabar rekabentuk  memori utama tradisional yang diperkenalkan sebelum ini . 

      Teknologi Direct Rambus dikatakan jauh lebih pantas berbanding teknologi memori yang terdahulu.  Ini kerana keupayaannya  memindahkan data pada kelajuan

      800MHz menerusi bas sempit 16-bit yang dikenali sebagai ‘Direct Rambus Channel’.

 

   Kadar kelajuan jam sedemikian tidak mustahil dicapai jika berdasarkan ciri yang dimilikinya-yang dikenali sebagai ‘double clocked’.  Ciri ini membolehkan operasi  

      berlaku pada ketika kenaikan dan kejatuhan kitaran jam.  Selain itu setiap peranti memori pada modul RDRAM menyediakan jalur hingga 1.G gigabait per saat,

      dua kali ganda jalur lebar semasa sedia ada dengan 100MHz SDRAM. 

Jadual 1:  Peta jalan (roadmap) evolusi memori. 

Tahun diperkenalkan

Teknologi

Had kelajuan

1987

1995

1997

1998

1999

1999/2000

2000

2001

2002

2003

 

FPM

EDO

PC66 SDRAM

PC100SDRAM

RDRAM

PC133 SDRAM

DDR SDRAM

DDR SDRAM

DDR SDRAM

DDR SDRAM

 

50ns

50ns

66MHz

100MHz

800MHz

133MHz

266MHz

333MHz

434MHz

500MHz

 

Selain ingatan berbentuk RAM atau ingatan sementara ini, ada beberapa jenis ingatan lain yang lebih baik dari aspek keselamatan penyimpanan data iaitu ingatan berbentuk kekal seperti CD-ROM, PEN DRIVE dan CAKERA KERAS(Hard Disk).

 

Storan Kekal

 

CD-ROM

 

◊   CD ROM atau pemacu cakera padat adalah komponen tambahan pada komputer.

 

◊   Namun begitu, kini CD ROM merupakan komponen terpenting kepada pengguna komputer kerana kebanyakan aplikasi komputer memerlukan CD ROM untuk

      digunakan seperti menonton wayang (video cd ), permainan komputer, mendengar lagu (audio cd ) dan beberapa aplikasi multimedia yang lain.

 

◊   Sama seperti RAM, CD ROM juga mempunyai jenis, jenama dan kelajuan. Semuanya bergantung kepada keperluan pengguna komputer itu sendiri.

 

◊   Antara jenis CD ROM ialah CD-ROM, CD-RW, DVD-RW dan DVD-ROM.

 

◊   CD-RW adalah komponen baru dan ia berfungsi sebaik media untuk menyalin fail, aplikasi ke dalam cakera padat (CD).

 

◊   Manakala jenama pula memainkan peranan penting dalam kemudahan yang disediakan, ketahanan, kualiti dan keupayaan.

 

◊   Jenama-jenamanya adalah seperti Acer, Creative, Samsung, Sony, BenQ, AOpen dan beberapa lagi.

 

   Manakala kelajuan adalah keupayaan sesebuah CD-ROM untuk membaca data daripada cakera padat. Kelajuan 52X adalah yang baik.

 

 

PEN DRIVE 

 

◊   Pen Drive merupakan alat tambahan atau aksesori komputer yang paling mendapat sambutan kini.

 

◊   Ini adalah kerana bentuknya yang menarik dan kelebihan yang boleh anda dapat dengan alat yang kadangkala juga dikenali sebagai Handy Drive atau Flash Drive.

 

◊   Apakah yang dikatakan Pen Drive? Pen Drive adalah storan mudah alih yang dapat menandingi keupayaan disket.

 

◊   Ini kerana saiz storan bagi Pen Drive adalah lebih besar berkali ganda daripada disket. Kini saiz Pen Drive adalah 64 Megabait, 128 MB, 256 MB, 512 MB, 1GB malah

      ada juga 2GB.

 

◊   Harga bagi Pen Drive adalah bergantung kepada saiz storan, semakin besar saiz storan maka semakin tinggi harga Pen Drive.

 

 

 

Pengenalan   Rekabentuk    SIMM  DIMM   RIMM dan SO-RIMM   Teknologi   Fast Page Mode (FPM)   Extended Data Out (EDO)   Synchronous DRAM (SDRAM)   DDR SDRAM   Direct Rambus   CD-ROM   PEN DRIVE

 

© Hakcipta Terpelihara 2005 Shaharin Ali

Laman web ini dibangunkan oleh Shaharin Ali

Hubungi Webmaster di : fshah05@yahoo.com

 

 

 

Kembali ke Atas